CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

Definasi Al-quran

Dari segi bahasa ada 3:

- Qara’a beerti mengumpulkan dan menghimpun.

- Qiraah beerti menghimpunkan huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain menjadi satu perkataan yang tersusun rapi.

- Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata-kata qara’a, qiraatan, quranan.

Firman Allah:



Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu apabila Kami telah menyempurnkan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Al-Qiyamah : 17-18)

Qur’anah pada ayat di atas bererti qira’ah (bacaan atau cara membacanya). Jadi kata itu adalah akar kata (masdar) sepertimana kata fu’lan seperti “ghufran” dan “syukran”. Kita dapat katakan : qara’atu, qur’an, qira’atan dan qura’anan, dengan satu makna. Dalam konteks ini maqru’ iaitu yang dibaca, sama dengan qur’an iaitu isim maf’ul dengan akar kata (masdar).
Secara khas, al-Quran menjadi nama bagi sebuah kitab yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Maka jadilah ia sebagai sebuah identiti.

Dan sebutan al-Quran tidak terhad kepada sebuah kitab dengan seluruh kandungannya, tapi termasuklah juga bahagian daripada ayat-ayatnya. Maka jika anda mendengar satu ayat al-quran dibaca misalnya, anda dibenarkan mengatakan bahawa seseorang itu sedang membaca al-Quran.





Maksudnya : “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.(Al-A’raf : 204)

Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu kerana kitab ini mencakup inti dari kitab-kitab-Nya, bahkan mencakup inti dari semua ilmu.






Maksudnya : “…dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu...” (An-Nahl : 89)






Maksudnya : “…tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini...”(Al-An’am : 38)

Al-Quran memang sukar apabila dihadkan dengan definisi-definisi secara akal yang memiliki pelbagai jenis, bahagian-bahagian dan ketentuan-ketentuannya yang khas, yang mana dengannya penta’rifannya dapat dihadkan secara tepat. Tetapi benda itu mesti dihadirkan dalam fikiran atau realiti yang dapat dirasa, misalnya anda memberikan isyarat mengenainya dengan sesuatu yang tertulis dalam mushaf atau yang terbaca dengan lisan, lalu anda katakan al-Quran adalah apa yang ada diantara dua kitab, atau anda katakan al-Quran adalah yang berisi perkataan bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah…(al-fatihah) hingga min al-jinnati wa an-nas, dalam surah an-nas.

Maka kata “kalam” yang termaktub dalam ta’rif tersebut merupakan kelompok jenis yang mencakupi seluruh jenis kalam. Ia disebut kalamullah sebab disandarkan kepada Allah yang menunjukkan secara khas sebagai firman-Nya, bukan kalam (kata-kata) manusia, jin dan malaikat.

Kalimat “al-munazzal” (yang diturunkan), bererti tidak termasuk kalam-Nya yang sudah khas menjadi milikNya.

Firman Allah:







Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Al-Kahfi : 109)
Maksudnya : “ dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis…” (Luqman : 27)
Adapun yang pembacaannya merupakan suatu ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis-hadis qudsi–bila kita berpendapat bahawa yang diturunkan Allah itu kata-katanya–sebab kata-kata pembacaannya sebagai ibadah, ertinya perintah untuk membacanya di dalam salat dan lainnya sebagai suatu ibadah, sedangkan qiraat ahad dan hadis-hadis qudsi tidak demikian halnya.

Thursday, January 1, 2009

ayat melankotik

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa

Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!