CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 14, 2009

Perbezaan Al-Quran dan Hadis

Al-Quran
Dari segi bahasa:Himpunan dan bacaan : Himpunan huruf-huruf dan perkataan-perkataan antara satu sama lain ketika membaca.Dalil : Firman Allah Taala



Hadis Qudsi
Dari segi bahasa :Sandaran kepada القدس iaitu sandaran yang menunjukkan kepada ketinggian dan keagungan kerana isi-isi kalimah yang menunjukkan kepada penyucian dan pembersihan. التقديس :
تنزيه الله تعالى, التقديس : التطهير, وتقدس : تطهرأى نطهر انفسنا لك Dalil :
Firman Allah Taala




Al-Quran

Dari segi istilah :- Al-Quran ialah kalamullah swt yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab.- Merupakan suatu ibadah bagi orang yang membacanya.

Hadis Qudsi

Dari segi istilah :- Iaitu suatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah Taala. Iaitu Nabi meriwayatkannya dengan isi atau kandungannya dari Allah swt tetapi menggunakan lafaz dari Nabi saw sendiri. Contohnya :عن أبي هريرة رضي الله عنه- عن رسول الله (ص) فيما يرويه عن ربه- يد الله ملأى لا يغيضها نفقة سحاء, الليل و النهار- أجرجه البخاري- Isi dan kandungannya daripada Allah swt, dan tidak mukjizat

Al-Quran
Al-Quran tidak disandarkan kecuali kepada Allah swt sahaja. Seperti : ...قال الله تعالى

Hadis Qudsi
Sesungguhnya ianya di sandarkan kepada Nabi Muhammad saw.

Al-Quran
Al-Quran disampaikan kepada kita dengan tawatir, iaitu tetap ((قطعي الثبوت

Hadis Qudsi
Hadis Qudsi kebanyakannya disampaikan dengan آحاد iaitu ketetapan yang ragu-ragu, (ظنية الثبوت )- Kadang-kadang ia shahih, hasan dan boleh jadi dhaif

Al-Quran
Al-Quran daripada Allah swt dengan lafaz dan makna daripadaNya, dimaksudkan juga sebagai wahyu dengan lafaz dan makna.

Hadis Qudsi
Hadis Qudsi makna atau isinya daripada Allah swt tetapi lafaznya daripada Rasulullah saw sendiri.

Al-Quran
Sesungguhnya, Al-Quran merupakan ibadah dengan membacanya. Sepertimana dalam hadis, Rasulullah saw bersabda :من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حستة, والحسنة بعشر أمثالها, لا أقول (آلم) حرف, ولكن ألف حرف, ولام حرف, وميم حرف – رواه الترمذي عن ابن مسعود.

Hadis Qudsi
Hadis Qudsi tidak termasuk mukjizat, membaca atau mempelajarinya adalah ibadah yang umum, tidak seperti bacaan al-Quran.
disediakan oleh: Nurul Afiqah bt Ahmad

0 comments: