Gambaran tentang turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w seperti adanya suatu kekuatan yang turun dari tempat yang tinggi dan diterima oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia telah diturunkan daripada tempat yang lebih tinggi. Maka betapa tingginya kedudukan al-qur’an dan betapa besarnya ajaran-ajarannya yang dapat mengubah perjalanan hidup manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dunia dan akhirat.
Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber pertamanya iaitu al-Qur’an akan memberikan kepada kita sesuatu ilmu tentang tahapnya dalam hukum dan hubungkaitannya dengan keadaan tempat di mana hukum itu diturunkan tanpa menimbulkan perselisihan antara yang terdahulu dengan yang akan datang. Masalah seperti ini memerlukan sesuatu kajian mengenai apa yang pertama sekali turun dan apa yang terakhir. Dan kajian seperti itu juga, menuntut adanya perbahasan mengenai segala hukum-hakam Islam seperti makanan, minuman, peperangan dan lain-lain.
Para ulama’ mempunyai banyak pengalaman dalam perkara yang mula-mula diturunkan dan apa yang terakhir. Di sini saya akan paparkan dengan ringkas, kemudian saya dedahkan pandangan yang paling benar.
Yang Turun Pertama Kali
1. Pendapat yang paling sahih mengenai ayat yang pertama kali turun ialah :
Firman Allah s.w.t :
Dalil pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan : “ sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu seorang Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “ bacalah !” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘ aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mandakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘ bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ……….hingga ayat yang kelima”
2. Dikatakan pula, bahawa yang pertama kali turun adalah ayat :
Firman Allah s.w.t :
Abdurrahman, katanya : “ aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah : yang manakah di antara al-Qu’ran itu yang turun pertama kali? Dia menjawab : “Ya ayyuhal muddaththir. Aku bertanya lagi : ataupun iqra’ bismirabbika? Dia menjawab : aku katakana kepadamu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w kepada kami, sabdanya yang menbawa maksud :“ sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka apabila sudai selesai aku turun lalu aku meneroka lembah. Aku melihat ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang menjumpai Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka menyelimut aku. Mereka pun menyelimut aku. Lalu Allah menurunkan : Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan"
Hadis Jabir ini dapat dijelaskan bahawa soalan itu mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan bahawa surah Muddassir lah yang turun secara penuh sebelum surah Iqra’ diturunkan; kerana yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah beberapa ayat sahaja.Dengan demikian, maka ayat al-Qu’ran yang mula-mula sekali turun secara mutlak ialah Iqra’ dan surah yang mula-mula sekali diturunkan secara lengkap, sehabis terhentinya wahyu ialah “ Ya ayyuhal mudathir” dan wahyu yang berhubungkait masalah kenabian pertama sekali turun adalah Iqra’.
3. Pendapat lain mengatakan bahawa pertama kali turun adalah surah al-Fatihah. Mungkin yang dimaksudkan adalah surah yang pertama kali turun secara lengkap.
4. Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula-mula sekali turun adalah Bismillahirrahmanirrahim, kerana basmalah turun mendahului setiap surah.
Yang Terakhir Kali Diturunkan
1. Ada yang berpendapat bahawa ayat yang terakhir adalah ayat mengenai riba. Ini berdasarkan pada hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas, yang mengatakan bahawa ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang riba.
Firman Allah s.w.t :
2. Ada yang berpendapat, ayat al-Qu’ran yang terakhir diturunkan ialah :
Firman Allah s.w.t :
3. Dikatakan yang terakhir kali turun itu ialah ayat tentang hutang, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyab : … “telah sampai kepadanya bahawa ayat al-Qu’ran yang paling muda di Arsy ialah ayat mengenai hutang.”
Firman Allah s.w.t :
6. Pendapat lainnya yang terakhir kali diturunkan adalah surah Al-Ma’idah. Ini berdasarkan riwayat Tirmizi dan Hakim, daripada Aisyah r.a, tetapi menurut kami, surah itu surah yang terakhir kali turun dalam masalah hukum halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum pun yang dimansukh di dalamnya.
7. Ada juga yang mengatakan bahawa yang terakhir kali turun adalah:
8. Ada yang berpendapat, ayat yang terakhir turun ialah :
c) Dalam mengumpulkan mana-mana ayat yang nasakh dengan mansukh, kadang-kadang terdapat dua ayat atau lebih dalam satu masalah. Tetapi ketetuan hukum dalam satu ayat berbeza dengan ayat yang lain. Apabila dikethui mana yang pertama diturunkan dan mana yang kemudian. Maka ketentuan hukum mutakhir yang terakhir diturunkan itu menghapus ketentuan hukum ayat yang diturunkannya sebelumnya.
0 comments:
Post a Comment